Monday, 10 August 2015

TURUNKAN PANAS BADAN ANAK DENGAN SOLE

Assalamualaikum w.bt.

Dah beberapa hari blog ni tak update. Nawfal last week sakit mata, this week dia demam pula. Jadi hati ibu mana tak risau, kena jaga betul2 kesihatan dia sebab dia saya hantar pergi nursery, so kalau dia tak sihat, nanti berjangkit pula pada anak2 yang lain. Jadi, untuk pastikan dia betul2 sihat, saya sentiasa cerewet dalam penjagaan makan minum dia.

Cerita pasal nawfal demam, hari ni hari lahor nawfal ke-3 . Kami suami isteri dah merancang untuk buat sambutan kecil dan makan2 di nursery. Jadi makanan, kek dan goodie bag pun dah siap untuk sambutan hari lahir nawfal di nursery.

Tapi, Allah itu perancang yang terbaik. Semalam, do tempat kerja tiba2 nursery call saya. Teacher nawfal bagitau yang dia demam. Suhu badannya panas betul, 39°C..alamakk..saya agak panik tapi bole bertenang lagi.

Panik sebab saya memang banyak kelas hari itu , ada lagi kelas tambahan selepas habis sekolah. Nak nak pula, tidak ada bekalan ubat demam dalam beg nawfal, jadi saya terpaksa minta diorang untuk letak tuala basah pada badan nawfal dan pantau suhu badannya.

Alhamdulillah, hingga saya datang ambil nawfal pulang, nawfal masih ok, tapi lemah sangat. Dia terbaring je dalam kereta tak macam selalu melompat2 dan suka main stereng. Sampai rumah, saya terus bagi dia makan ubat demam sebab suhu badan dia dah tinggi sangat. Dan terus ambil PATI GARAM BUKIT SOLE dan campur dengan air. Terus jerlum badan dia setiap masa hingga la suhu badannya turun dari 39 hingga 37 degree.

Malam tadi, jam 10 suhu dia naik lagi smpai 40.2 degree. Tak bole jadi.terus pegi hospital. Terus sumbat ubat demam ikut punggung tu. Nasib baik tak warded. Kalau warded lagi sengsara nawfal mesti kena cucuk masuk air dalam badan.

Balik rumah, tengah2 malam saya ambil pati sole, campur dengan air sikit,letak kat tapak tangan, saya baca Alfatihah 7kali, ayat alam tarokai 7 kali, selawat 7 kali saya sapu air tu seluruh badan dia. Mudahan2 semasa saya tertidur, tidak ada apa2 la yg buruk terjadi, dan semoga panas badannya terkawal. Saya bergantung sepenuhnya pada Allah untuk jaga Nawfal. Saat sulit dan anak sakit seperti ini terasa betul tiada kuasa apa pun yang lebih besar melainkan kuasanNya. Subhanallah!!

Alhamdulillah, hari lahir nawfal walaupun tak dapat disambut bersama kawan2 nursery, tapi diharap memberi pengampunan dosa2  kepada ibu bapa nawfal.

Semoga demam nawfal boleh menambah iman dan kesabaran kami, ibubapanya.

Tidak ada apa pun yang diturunkan Allah kepada hambaNya adalah sia-sia. Kami sangat yakin dengan itu.pasti ada hikmahnya.

Usaha doa dan tawakal adalah ubat yang paling mujarab bagi setiap penyakit. Dalam kes nawfal, ubat hospital dan SOLE membantu sangat2 untuk turunkan suhu badan nawfal semalam. Dan hari ni suhu badan dia makin turun, dan semoga cepat-cepat la sembuh demam ya sayang mama.

Mama dan abah sayang nawfal.

No comments:

Post a Comment